Renungkanlah...
"Nurse,boleh saya tengok bayi saya?"ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...
Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan."Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu..."Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.
Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah."Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba.""Bila?" tanya si anak."Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya."Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."
P/s:Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'I LOVE U MOM'.
Monday, September 14, 2009
Sunday, September 13, 2009
PERKHEMAHAN SUNGAI TUA
PERGI : JUMAAT 3:30P.M 17 JULAI
BALIK:AHAD 5:00PM 19 JULAI
TEMPAT:SUNGAI TUA ,ULU YAM
TKRS KOMPENI 5
3 HARI 2 MALAM ...
HARI PERTAMA
LEPAS TURUN DARI BAS,SUME MURID THN 5 SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA'(KOMPENI 5) BERATUR.PASTU KENE JLN .....TURUN BUKIT.!! PASTU NAK SAMPAI KAT TAPAK PERKHEMAHAN TUH,KENE NAIK JAMBATAN GANTUNG.TAKOT GLER.!!DAH LA PEGANG BEG BERAT.....HUHUMLM NYER PLAK ,,, ADE BUAT LOGO NGAN MENTOR MASING..PASTU TENGAH MLM,BUDAK LELAKI NAIK GAME.YG PEREMPUAN TIDO...ZZZ
HARI KEDUA
PAGI TUH..BUAT SARAPAN PASTU....ENTAH LA ...XINGAT LA...TAPI PETANG TU.....MANDI SUNGAI,ANA TAK MANDI SGT SEBAB ANA DEMAM.... RUGI!!!PASTU MLM TU,KITAORANG BUAT KEBUDAYAAN (NYANYI) ...PASTU TENGAH MLM NYER PLAK ADE NAIK GAME(PEREMPUAN )..LAKI TIDO..ZZZMASE NAIK GAME...'INGATKAN JAUH NGAN TAKOT SGT, RUPENYER DEKAT JE... JLN DLM HUTAN ADE TALI..HARI KETIGAKHIDMAT DIRI, PASTU ADE GAME .... LARI DLM SUNGAI ...PENAT SGT..!!!!PASTU MANDI LAGI,KALI NIE PON ANA TAK ENJOY..PASAL AIR NYER SEJOK SGT...PASTU PETANG TUH BALIK...
YG BEST BYER TIME NAIK BAS...SEJUK..ADE AIR COND..HAHAHASEKSYEN ANA(SEKSYEN 2) MENANG OBSTSACLE RACE..
SEBENARNYE ADE JLN IKUT KOMPAS,,TAPI X INGAT HARI APE..HAHAHH

Tuesday, September 8, 2009
Mengumpat VS Lawak
Di sebuah kedai tepi jalan ada dua orang kawan sedang bersembang.................................................
Sister :Awak tahu tak yang die tu kan dah tu tu tu. Pastu die kan dah tahu yang tututtutu.
pot pet pot pet pot pet
Ukhtu:Dah mula dah.(dlm hati)
Sister :Pot pet pot pet pot pet............................................
Bro :(tengok aje diorang berdua tu)
Ukhtu:Haaaaaaaa makan la dulu
Bro :Ni ayam speacial untuk korang
Sister :BUEK!!!!!!!!! speacial apeke bendenye . Ayam ni mentah!!!!!!!!!!!! hilang selera nak
makan
Bro :Eh! Tadi punyelah selera makan daging kawan ko tadi.Ni dah takde selera dah
Sister :SOB SOB SOB. INSAF INSAF
"....mengumpat diibarat makan daging saudara..."
UNDI
( )MENGUMPAT ( )LAWAK ( )SERI ( )PENGAJARAN
hantarkan ke ----------------------------------------------------------->COMMENT

Subscribe to:
Posts (Atom)